Visi KPM :
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

Misi KPM :
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

24 April 2015

Logo

LATAR BELAKANG


Sekolah Kebangsaan Jemukan pada asalanya sebuah Sekolah Rendah Kerajaan (SRK) Jemukan dan seterusnya kepada Sekolah Kebangsaan Jemukan. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, pengasas SRK Jemukan ialah Tuan Haji Mohammad B Haji Yusuf, berasal dari Pulau Betawi, Indonesia.

            Semasa berumur 5 tahun, beliau tinggal di Mekah bersama dengan ibu beliau dan menuntut di sana. Setelah menetap selama 41 tahun di Mekah, beliau berpindah ke Bombay, India iaitu setelah tercetusnya Perang Wahabi. Beliau berpindah ke Kuching (Kampung Bako) dan berkahwin dengan Hajah Salehah Bt Abang Ning yang berasal dari Spaoh. Hasil daripada perkongsian hidup, mereka dikurniakan 5 orang cahaya mata. Atas kepandaian beliau dalam bidang agamalah beliau diminta untuk menabur bakti di SRK Jemukan. Sebelum itu, beliau juga pernah berkhidmat di kawasan Saribas dab Kampung Tanjung Bundong.

            Pada tahun 1952, Madrasah al-Diniah didirikan oleh pengasasnya secara gotong-royong dengan para penduduk kampung. Pada tahun 1962, beliau telah menerima undangan penduduk Spaoh, Saribas dan di sanalah beliau jatuh sakit lalu meninggal dunia. Jenazah beliau telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Lubok Sue, Saribas.

            Pada tahun 1964, Madrasah al-Diniah telah mendapat bantuan daripada Majlis Tempatan Daerah Sadong Hilir dan namanya ditukar kepada SRK Jemukan dengan bahasa pengantar yang digunakan ialah Bahasa Inggeris. Pada tahun 1973 pula, ianya diambil alih oleh Kerajaan Pusat dan namanya terus ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Jemukan dan kekal sehingga sekarang.

            Pada tahun 1983, sekolah ini telah menerima pembiayaan Bank Dunia, dilengkapi dengan dua blok bangunan yang mengandungi 6 bilik darjah, sebuah bilik Pusat Sumber (PSS), sebuah Bilik Guru, Pejabat Am, Pejabat Guru Besar dan Klinik pergigian. Selain itu, ianya juga dibekalkan dengan sebuah kuaters Kelas IV, 3 unit berek, 8 unit tandas murid, tempat perhimpunan dan kemudahan tangki air. Tanggal 1 Ogos 1986, SK Jemukan telah dirasmikan pembukaannya oleh Yang Berhormat Tuan Haji Bujang B Haji Ulis, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.