Visi KPM :
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

Misi KPM :
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

30 November 2018

Logo Sk Jemukan
Logo Sekolah Kebangsaan Jemukan


  1. Keterangan Warna :
    • Merah--Berani menghadapi cabaran
    • Kuning-- Kesetian kepada Raja dan Negara
    • Putih -- Kesucian
    • Hijau -- Sentiasa berkembang
    • Hitam -- Keberanian menghadapi cabaran dan rintangan
  2. Keterangan Bentuk :
    • Lima Segi -- Semangat kesungguhan untuk menyemai dan memupuk displin, nilai dan sikap positif selaras dengan Prinsip Rukun Negara
    • Padi -- Situasi aman dan damai serta bercita-cita tinggi
    • Genggaman Obor - Semangat mencari ilmu hingga mencapai kejayaan lebih tinggi
    • Buku -- Gedung Ilmu
    • Lima Bulatan Kecil -- Semangat kesukanan bagi memupuk perpaduan
  3. Moto Sekolah
    • Berilmu -- Peranan utama sekolah untuk melahirkan individu yang berilmu dan berkebolehan dalam pelbagai bidang baik dari segi akademik mahupun ko-kurikulum selaras dengan falsafah pendidikan negara
    • Berjaya -- Individu yang berilmu itu di didik dan dibimbing hingga berjaya. Dengan Kejayaan yang diperolehi dapat menjamin masa depan dan meningkatklan prestasi sekolah serta menyumbang kepada negara.
    • Berbakti -- Anak didik yang berjaya akan mencurahkan bakti kepada negara dengan penuh rasa kecintaan kepada Tanah Air di samping menyahut seruan kerajaan untuk mencapai wawasan negara.